KKD Anjur Malaysia Digital Expo Pada November Ini – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Malaysia menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menganjurkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) pada November ini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata penganjuran itu adalah susulan kepada kejayaan Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang berakhir semalam.

Beliau berkata MDX2023 akan menjadi platform buat pemain industri tempatan mempamerkan perkhidmatan serta produk mereka kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata inisiatif itu akan membolehkan lebih banyak pelaburan dalam sektor ekonomi digital dibawa masuk ke Malaysia, sekali gus memberi lebih banyak ruang kepada pemain industri ekonomi digital tempatan mempamerkan perkhidmatan dan produk masing-masing.

“Melalui inisiatif ini, lebih banyak pelaburan boleh diraih sekali gus melonjakkan lagi sektor ekonomi digital. Buat pemain industri ekonomi digital, jumpa anda di MDX2023!” katanya.

Semalam, Fahmi dilaporkan berkata MDX2023 yang berlangsung selama seminggu akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, acara pelancaran dan majlis anugerah dengan penampilan penceramah terkenal antarabangsa dan tokoh terkemuka daripada bidang teknologi dan digital.

Menurut Fahmi, MDX2023 juga akan berfungsi sebagai platform kerjasama dan saluran perniagaan bagi pelawat dan pemain industri, domestik dan antarabangsa, untuk menyelami trend digital terkini, kemajuan dan inisiatif yang membentuk ekonomi digital Malaysia. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat