Serbuan Rumah Hamzah Urusan LHDN – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Serbuan rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah urusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perdana Menteri menegaskan beliau tidak dimaklumkan berkenaan perkara itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, serbuan itu adalah urusan LHDN.

Menurut beliau, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN ke rumah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut itu adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.

“Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” katanya di Cyberjaya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di kediaman Setiasaha Agung Bersatu yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu di Damansara, dipercayai pada Selasa lalu.

Semalam media melaporkan, LHDN d telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara malah sumber yang dekat dengan kepimpinan Bersatu mengesahkan serbuan itu.

Menurut laporan media, serbuan dibuat ekoran “dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan”.

Akhbar The Star memaklumkan, sumber mendakwa yang Hamzah berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas.

Sumber yang dekat dengan Hamzah dipetik berkata ia merupakan “tindakan bermotifkan politik oleh pihak berkuasa” memandangkan pemimpin Bersatu itu sentiasa merekodkan cukainya.

“LHDN tidak menyatakan secara terperinci sebab serbuan sama ada berkaitan cukai melibatkan syarikat atau projek tertentu atau tidak.

“Hamzah masih menunggu dokumen daripada LHDN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat