10,681 Calon Tidak Hadir Peperiksaan SPM 2021 – Lembaga Peperiksaan KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan seramai 10,681 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 tidak hadir untuk menduduki peperiksaan itu.

Menerusi satu kenyataan media, LP KPM berkata kenyataan itu merujuk kepada laporan media berkaitan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

“LP ingin memaklumkan bahawa jumlah calon berdaftar bagi peperiksaan SPM 2021 adalah seramai 407,097 orang seperti pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021.

“Bagi tujuan analisis keputusan peperiksaan SPM 2021, hanya 392,837 orang calon berdaftar yang diambil kira.

“Calon ini adalah mereka yang mendaftar kali pertama dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 382,156 orang atau 97.28% calon sekolah dan calon persendirian telah hadir menduduki peperiksaan.

“Seramai 9,037 orang atau 2.30% adalah terdiri daripada calon sekolah KPM, calon sekolah agensi kerajaan, calon sekolah menengah agama negeri, calon sekolah swasta dan calon sekolah menengah agama rakyat; dan

“Seramai 1,644 orang atau 0.42% adalah calon persendirian,” kata kenyataan tersebut.

LP KPM berharap penjelasan itu dapat memberi gambaran sebenar berkenaan jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat