Juruterbang Bangladesh Tembak Jatuh 4 Jet Israel, Meninggal

- Advertisement -

DHAKA: Namanya Saiful Azam, ketika menghembuskan nafas terakhirnya akibat sakit biasa buat orang seusianya semalam, beliau berusia 79 tahun.

Sejarah Azam semasa hidupnya bagaimanapun, sangat menarik.

Azam adalah seorang bekas juruterbang pesawat pejuang dan sebelum kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971, Allahyarham pernah berkhidmat untuk 3 angkatan udara, masing-masing di Jordan, Pakistan dan Iraq.

Dalam perang 6 hari Arab-Israel pada tahun 1969, Azam yang ketika itu berkhidmat untuk tentera udara Jordan, mempamerkan kebolehan yang hampir tidak pernah didengar selepas itu – menembak jatuh bukan satu tapi 4 jet pejuang Israel.

Bukan itu sahaja pesawat pejuang yang pernah ditembak jatuh olehnya, dalam perang Pakistan-India pada tahun 1965, Azam yang ketika itu berperang untuk Pakistan, turut menembak jatuh sebuah pesawat pejuang India.

Azam adalah wira negara Islam dan tidak hairan kematiannya mendapat maklum balas dari seluruh dunia. Di negaranya sendiri, Allahyarham digelar “The Living Eagle”.

Kita terlalu lalai dengan watak Maverick sebagai juruterbang hebat dalam filem Top Gun, hakikatnya, “top gun” yang sebenarnya ada di kalangan – orang Islam sendiri – AL Jazeera

Olahan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat