Prasekolah dan Tadika Dibenar Beroperasi Semula Bermula 1 Julai

- Advertisement -

Semua prasekolah, tadika dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di bawah kerajaan mahupun swasta dibenar dibuka semula, 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, hari ini.

Katanya, terdapat 24,414 prasekolah dan tadika terbabit iaitu 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 7,887 tadika swasta; 8,530 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

“Prosedur operasi standard (SOP) dibentangkan Kementerian Pendidikan lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.

“SOP cara bermain juga ada, waktu makannya… semua lengkap. Tapi perincian SOP ini akan diumumkan Kementerian Pendidikan sendiri, dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat