Wan Rosdy harap semua projek RMK-12 di Pahang berjalan lancar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap semua projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang direncanakan untuk Negeri Pahang dapat berjalan dengan lancar.

Hal ini katanya pelaksanaan projek-projek berkenaan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negeri Darul Makmur berkenaan.

“Saya menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 2021-2025 yang turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Swiss-Bell Hotel, Kuantan hari ini.

“Dalam ucapan yang saya sampaikan, saya menjelaskan betapa pentingnya sesi libat urus ini untuk Kementerian Ekonomi dapat melihat situasi sebenar keadaan negeri Pahang dan keperluan projek pembangunan di negeri ini.

“Selain itu, saya juga menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Ekonomi telah meluluskan 511 projek dengan kos keseluruhan berjumlah RM29.586 bilion menerusi Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023 di bawah RMK-12,” catat Wan Rosdy di Facebooknya pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat