Annuar tak perlu penghormatan Zahid, cuma berkata benar meskipun pahit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden NGO Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa menegaskan pandangan dan pendapat yang diutarakan beliau tidak memerlukan penghormatan daripada sesiapa.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebaliknya menegaskan, beliau hanya berkata benar meskipun ia pahit.

“Pandangan dan pendapat tidak memerlukan ‘respect’ daripada sesiapa, yang penting ia dinayatakan secara jujur dan berterus terang.

“Berkata benar walaupun pahit,” catat Annuar di Facebooknya, semalam.

Ahad lalu, Annuar meramalkan Umno akan kalah pada Pilihan Raya akan datang dan ramai ahli UMNO akan meninggalkan parti itu.

Beliau berkata demikian susulan kehadiran puak sosialis, liberalist, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, kehadiran mereka akan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli umno akan terus meninggalkan Umno dan Umno bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang.

Susulan kenyataan itu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan menghormati pandangan peribadi dikeluarkan bekas pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa.

“I will never respect his personal opinion (saya tidak akan hormat pandangan peribadi beliau),” katanya.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan Annuar menerusi media sosialnya malam tadi bahawa parti berkenaan bakal ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat