Covid-19: Lebih 500 Kenderaan Rentas Negeri Balik Kampung Diarah Berpatah Balik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masih terdapat dalam kalangan masyarakat yang tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa untuk tidak pulang ke kampung selepas perjalanan rentas negeri selama empat hari berakhir 10 Mei lalu

Semalam lebih 500 buah kenderaan didapati tidak mempunyai alasan munasabah, seperti hendak balik kampung, untuk merentas negeri dan mereka diarahkan berpatah balik.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam pihak berkuasa hanya menggunakan budi bicara, memberi amaran dan masih lagi ‘berlembut’ dengan golongan ini.

Bagaimanapun, selepas bermesyuarat pagi ini katanya, kerajaan telah memutuskan untuk mula mengenakan kompaun serta merta kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan cuba merentas negeri untuk tujuan balik kampung.

“PDRM (Polis DiRaja Malaysia) telah meminta kereta-kereta ini untuk patah balik, beri nasihat, budi bicara serta masih berlembut sehingga semalam. Ada 508 buah kereta cuba rentas negeri semalam dengan alasan mahu balik kampung.

“Tetapi selepas bermesyuarat tadi, kita buat keputusan untuk mengenakan kompaun untuk sesiapa yang langgar SOP PKPB ini. Sebenarnya duit kompaun ini boleh gunakan untuk perkara lain, jadi nasihat saya janganlah sampai kena kompaun,” katanya dalam sidang media harian mengenai PKPB hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PDRM telah menahan 72 individu atas kesalahan melanggar SOP yang mana 60 daripadanya telah direman manakala 12 lagi telah dijamin.

“Kita ingatkan sekali lagi supaya mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan displin diri daripada anda semua sangat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat