Lelaki tembak di KLIA ditahan reman seminggu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin ditahan reman tujuh hari.

Tahanan reman ke atas Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu suspek yang ditahan di Jalan Bayam, Kelantan, semalam selepas 36 jam melarikan diri tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi, lapor BH.

Suspek memakai baju lokap tiba dengan menaiki kereta polis diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi Sabtu lalu, beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek menggemparkan orang ramai di balai ketibaan terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada sidang media dilaporkan berkata suspek melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya.

Katanya, satu das tembakan tersasar, namun satu lagi das tembakan terkena seorang pengawal peribadi isteri suspek.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun terkena tembakan pada bahagian perut. Sehingga kini, mangsa yang dirawat di Hospital Cyberjaya belum sedarkan diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat