Minyak sawit mahal, pengimport mungkin beralih ke minyak bunga matahari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Minyak sawit menjadi pilihan yang kurang menarik buat negara pengimport susulan harganya yang lebih tinggi berbanding pesaing iaitu minyak bunga matahari.

RHB Investment Bank (RHB Investment) berkata, justeru, ini mungkin menyebabkan berlakunya kegiatan penukaran produk daripada minyak sawit kepada minyak lain.

Katanya, ketika ini negara pengeksport sedang giat menambah inventori yang mungkin meningkatkan permintaan minyak sawit secara berperingkat, namun komoditi itu masih boleh tergugat dengan minyak bunga matahari.

“Minyak sawit mentah (MSM) masih dijual pada harga jauh lebih mahal berbanding minyak bunga matahari yang didagangkan pada AS$68/tan (lebih rendah) daripada AS$65/tan bulan lalu.

“Malahan, CPO juga dijual pada potongan harga lebih kecil sebanyak AS$133/tan (daripada AS$172/tan bulan lalu) berbanding minyak kacang soya, dan ini menjadikan ia pilihan yang kurang menarik kepada pihak pengimport,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini, lapor DagangNews.

RHB Investment dalam kajian itu turut meramalkan inventori minyak sawit akan terus berada bawah paras 2 juta tan untuk beberapa bulan mendatang.

Minyak sawit mentah (CPO) mencecah harga RM4,285 pada bulan lalu.

Sementara itu, MIDF Research menjangkakan harga MSM akan turun sehingga bawah paras RM4,000 setiap tan pada bulan depan, bergantung kepada pemulihan cuaca.

Kata firma penyelidikan itu, bagaimanapun purata harga penghantaran MSM tempatan akan ditutup +4.6% lebih tinggi pada RM4,410 satu tan pada bulan April, dipengaruhi oleh kemuncak peristiwa EL-Niño.

“Walau bagaimanapun, kami menjangkakan penurunan pada bulan Mei, kepada kira-kira RM3,946.7 (-10.5% ibu) kerana cuaca mula pulih, menjelang La-Niña pada separuh kedua 2024 (2H24).

Sementara itu, RHB Investment dan MIDF Research mengekalkan saranan ‘Neutra;’ terhadap sektor perladangan dengan Ta Ann, KLK (MIDF) dan Sarawak Oil Palm (RHB Investment) antara pilihan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat