Apa hukum tunggang agama untuk dividen politik? Shahril tanya tokoh agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perjuangan kononnya untuk menjuarai Islam yang dipamerkan ahli-ahli politik dipertikai kerana ia dinilai sebagai tindakan menunggang agama.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, sekiranya ada peluang beliau ingin bertanya kepada tokoh agama iaitu “apakah hukum kalau dalam niat kita adalah untuk mendapat dividen politik melalui tindakan yang dilihat untuk memperjuangkan agama?

Menghuraikan maksud soalannya itu, Shahril menjelaskan, maknanya kita jual konon kita perjuangkan agama tetapi sebenarnya niat adalah populariti, apakah hukumnya dari perspektif agama?

“Saya nampak berpolitiking tak berkesudahan, terutama bila PAS bersolidariti dengan penahanan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh. Saya syak ada keberangkalian ini adalah isu politik.

“Adakah kita buat perkara ini demi Allah demi agama ataupun demi ego dan populariti.Dan kalau bendanya adalah kedua maka sebenarnya kamu bukan menjuarai Islam pun saya rasa ni benda lain dan saya dah bosan dengan perkara ini,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Pun begitu kata Shahril, secara umum niat seseorang tidak boleh dibaca secara luaran.

“Semasa saya aktif dalam Umno saya nampak ada orang yang buat macam itu (tunggang agama).

“Bagaimanapun, tindakan sedemikian hanya akan dapat populariti jangka pendeek tapi tak dapat pulangan dalam pilihan raya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat