HeiTech Padu dan MyEG kerjasama berpasukan dalam projek IT di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – HeiTech Padu Bhd dan penyedia perkhidmatan e-kerajaan, MyEG Services Bhd mengumumkan kerjasama dalam projek teknologi maklumat (IT) di Malaysia.

Menurut makluman berasingan di Bursa Malaysia, MyEG dan Heitech Padu telah menandatangani perjanjian berpasukan untuk kerjasama berkenaan.

“Tujuan perjanjian itu adalah untuk menyatakan persefahaman pihak yang berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing, di mana MyEG dan Heitech Padu bekerjasama dalam aktiviti pemasaran, perkongsian pengetahuan berkaitan serta integrasi sistem penyelesaian IT untuk projek yang dikenal pasti kepada bakal pelanggan kedua-dua pihak,” kata makluman berkenaan, memetik BH.

MyEG ialah pemegang saham besar dalam Heitech Padu dengan 15.9 peratus kepentingan melalui MyEG Capital Sdn Bhd.

Menerusi kepentingan sama, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan MyEG, Wong Thean Soon (lebih dikenali sebagai TS Wong) yang memiliki 28.9 peratus kepentingan ekuiti MyEG melalui pegangan langsung dan syarikat pelaburan Asia Internet Holdings Sdn Bhd, dianggap sebagai pemegang saham besar dalam Heitech Padu.

Sementara itu, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MyEG, Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah, yang memiliki 0.09 peratus kepentingan dalam syarikat itu juga merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Heitech Padu.

MyEG menyatakan bahawa Mohd Jimmy dan TS Wong akan terus dihalang daripada semua pertimbangan dan pengundian pada mesyuarat lembaga pengarah syarikat.

Manakala, Heitech Padu menyatakan perkara yang sama untuk Mohd Jimmy dalam mesyuarat lembaga pengarah yang berkaitan.

Ia berkata, Heitech Padu dilaporkan merupakan salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek untuk mengambil alih projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang bernilai RM1 bilion selepas Iris Corp Bhd digugurkan daripada tugasan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat