Adakah saya penjenayah? – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun notis badan penguatkuasa itu menyatakan bekas Perdana Menteri itu melakukan kesalahan.

Dr Mahathir juga menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki wang berbilion ringgit.

“Kata Ketua Polis Negara saya tidak dilayan sebagai penjenayah.

“Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati “bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan terhadap Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151”.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bahkan katanya, dakwaan telah dibuat oleh Anwar bahawa beliau memiliki berbillion ringgit.

“Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

“Oleh itu, saya telah saman Anwar supaya menunjukkan bukti yang saya memiliki berbillion ringgit. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion ringgit,” jelas bekas ahli Parlimen Langkawi itu lagi.

Justeru katanya, ini bermakna hingga sekarang beliau belum didapati bersalah.

“Jika SPRM ada bukti tunjuklah.

“Berkenaan dengan statutory declaration (SD) oleh Datuk Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa SD Datuk Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar di arah menjelaskan semua harta mereka.

“Demikian juga dengan kes Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat