Tiga Bulan Lepas Laksana darurat, Malaysia Satu-Satu Negara Situasi Covid-19 Lebih Bahaya – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia bukan sahaja satu-satunya negara dalam dunia yang isytihar darurat dan gantung Parlimen serta perlembagaan kononnya untuk lawan Covid-19.

Malah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak kita satu-satunya negara dalam dunia di mana situasi Covid-19 menjadi lebih berbahaya selepas tiga bulan perlaksanaan darurat.

Bahkan menurut beliau pelaksanaan darurat sedikit pun tidak membantu mengawal apatah lagi mennyusutkan bahaya ancaman Covid-19.

“Selepas darurat tiga bulan kononnya untuk melawan Covid-19, tapi kita cuma rekodkan sedikit penurunan dalam kes baru.

“Bagaimanapun, kematian baru naik. Begitu juga dengan jumlah pesakit dalam ICU naik.

” Kluster baru dikesan naik sebelum darurat lapan kini sudah 15,” katanya dalam hantaran di Facebook, pagi ini.

Najib juga berkata, bilangan kluster yang masih aktif naik. Dulu sebelum isytihar darurat 258 kini sudah 346.

“Paling membimbangkan kadar kebolehjangkitan (R0) semakin hari semakin naik,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat