Penyelaras Parlimen ‘Tak Sesuai’ Boleh Gagalkan PN Rampas Selangor Daripada PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelantikan 18 Penyelaras Parlimen di Selangor perlu dilaksanakan dengan teliti dengan mengambil kira semua faktor seperti faktor tempatan dan sejarah serta latar belakang sesuatu kawasan,” kata Datuk Iskandar A Samad.

Beliau yang juga Yang dipertua PAS Kawasan Pandan berkata, kriteria ‘sesuai’ itu bukan sekadar berdasarkan Perlembagaan Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod pelantikan penyelaras bagi 18 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) termasuk satu daripada Barisan Nasional (BN) dalam usaha menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan di Selangor, saya tertarik dengan reaksi Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar tentang pelantikan Penyelaras Parlimen di Tanjung Karang.

” Kegagalan melakukannya akan mengakibatkan perkara-perkara berikut, kerajaan PN kehilangan sokongan; rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi yang akan diterjemahkan kepada tindak balas negatif dari jentera-jentera parti ketika pilihan raya yang akan merugikan PN.

” Malah suasana yang tidak harmoni akan wujud sebelum pilihan raya lagi.

” Justeru itu saya memohon pimpinan tertinggi PN bertindak dengan bijaksana jika mahu merampas Negeri Selangor dari PH,” tegas Naib Presiden PAS itu.

Sebelum ini, Noh Omar menegaskan beliau akan menarik semula sokongan bila-bila masa kepada kerajaan PN sekiranya masih bertegas untuk melantik penyelaras di Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.

Noh berkata, perkara itu seolah tidak mengiktiraf beliau sebagai Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN pada ketika ini.

“Kalau dilantik juga penyelaras (di Parlimen Tanjong Karang) , maknanya beliau (Azmin) tidak mengiktiraf saya sebagai Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN. Adakah beliau nak minta saya supaya menarik sokongan (kepada Kerajaan PN)?

“Jadi, Azmin jangan cabar saya. Jangan ganggu Tanjong Karang kerana saya masih lagi anggota PN,” katanya.

Sehubungan itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau kesal dengan tindakan PN Selangor dan meminta perkara itu dikaji semula sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Adakah mereka tidak mengiktiraf saya sebagai ahli Parlimen dalam kerajaan PN?

“Saya minta sama ada mereka mengiktiraf saya atau pun tidak. Kalau ia dibuat juga (melantik penyelaras Parlimen Tanjong Karang) tunggu dan lihat saya akan ambil tindakan,” katanya

Terdahulu, media melaporkan PN Selangor akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan pelantikan penyelaras bagi 18 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) termasuk satu daripada Barisan Nasional (BN) dalam usaha menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi Perhubungan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, berkata mesyuarat akan disertai tiga parti komponen PN iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN bagi menentukan individu yang dilantik menjadi penyelaras di sesebuah Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat