Lim Kit Siang Sekali Lagi Umum Tanding Pemilihan DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Bagaimanapun beliau memaklumkan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam parti itu.

“Saya tidak menyasarkan apa-apa kedudukan penting dan saya bersedia untuk dikalahkan dalam pemilihan parti yang saya telah dedikasikan 55 tahun hidup saya untuk mengejar Impian Malaysia,” katanya

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang kini telahpun berusia 80 tahun membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam satu majlis, di sini semalam.

Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung DAP dari tahun 1969 hingga 1999 dan selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua.

Bagaimanapun beliau menolak pelantikan selepas Pilihan Raya Umum 2004.

– BERNAMA

Kredit foto: FB Najib Razak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat