Najib Komen Luahan “Frontliners”, Percaya KKM Akan Ambil Maklum

- Advertisement -

DARI FACEBOOK NAJIBRAZAK

Saya ada membaca luahan yang saya kira dari seorang petugas barisan hadapan.

Saya berpendapat, jika benar apa yang ditulisnya, saya yakin Kementerian Kesihatan pasti akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan tiada mana-mana petugas barisan hadapan ini terpinggir.

Kita perlu fahami, mereka adalah tulang belakang kepada wabak yang kita sedang depani ketika ini dan kebanyakan mereka bertugas dalam tempoh yang panjang dalam usaha untuk meratakan lengkuk atau flattening the curve wabak COVID-19 di negara ini.

Sudah tentu apa yang diluahkannya ini tercetus dari perasaan kecewa dan saya pasti apa yang ditulisnya bukanlah kerana ganjaran semata-mata tetapi lebih kepada kesaksamaan agar mereka yang bertugas menerima kebajikan yang sama.

Saya berpendapat, petugas-petugas ini besar jasa mereka, dan ganjaran yang diberikan oleh kerajaan tak sama dengan nilai serta pengorbanan mereka namun saya pasti, mereka yang bertugas ini sentiasa bersikap mengutamakan orang lain dahulu apatah lagi ketika kita berdepan dengan wabak ini. Apa yang kerajaan berikan itu biarpun tak sebesar jasa mereka, sekurang-kurangnya dapatlah mereka gunakan untuk famili mereka nanti apabila kita berjaya mengatasi wabak ini.

Saya juga yakin, Kementerian Kesihatan pasti akan mengurangkan sedikit keperluan untuk mengemukakan pelbagai borang kerana tumpuan mereka ketika ini adalah memberi perhatian kepada wabak ini.

Kita harap, KKM tidak akan ambil sebarang tindakan disiplin terhadap petugas ini kerana iyalah, kadang kadang kalau kita kepenatan, tak cukup rehat, kita kadang kadang ingin luahkan perasaan kita dan apa yang ditulis hanya suara hatinya, dan mungkin suara hati buat rakan rakannya juga.

Saya sentiasa doakan semua petugas barisan hadapan terutama di hospital, klinik dan pusat kuarantin agar sentiasa dilindungi dan sekali lagi, terima kasih di atas segala usaha dan pengorbanan anda semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat