1MDB: Pulang USD300 Juta, Ini Komen Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mengulas berita pemulangan sejumlah USD300 juta didakwa milik 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kepada Kerajaan Perikatan Nasional semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemulangan itu secara tidak langsung membuktikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan AS tidak akan bekerjasama kerajaan baru Malaysia, adalah tidak benar.

Pemulangan itu bagaimanapun kata Najib, yang secara keseluruhannya berjumlah USD 620 juta, adalah jauh lebih kecil dari tawaran penyelesaian oleh IPIC (syarikat milik Kerajaan Abu Dhabi) berjumlah USD 4.1 billion sepatutnya dibayar sebelum Disember 2020.

Umum mengetahui bahawa IPIC adalah syarikat yang menjamin pinjaman 1MDB

Kerajaan PH bagaimanapun memilih untuk membatalkan perjanjian penyelesaian itu yang telah dibuat sejak dari zaman BN lagi,  jelas Najib.

Jelas Najib, “Kalau niat kerajaan (PH) adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi”.

Akibat dari pembatalan perjanjian penyelesaian tersebut, pemulangan wang berkenaan sekarang bergantung kepada DOJ.

“Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC, bermaksud kita tak mungkin dapat keseluruhan dana yang didakwa hilang”.

DOJ kata Najib, hanya mampu mendapatkan semula sebahagian dari wang tersebut itupun secara sedikit demi sedikit.

Najib mendakwa niat kerajaan PH bagaimanapun berlainan.

“Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan IPIC sebelum Disember 2020 ini, maka Najib tidak rompak apa-apa”.

“Ini bercanggah dengan propaganda PH”.

Sebab itu kata Najib, kerajaan PH sanggup terima sedikit demi sedikit sebahagian wang dari DOJ, dari menerima keseluruhan wang yang didakwa hilang seperti dalam perjanjian penyelesaian (yang dipersetujui pada zaman BN).

Justeru kata Najib, kerajaan (PN) patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika ingin mengambil semula semua wang yang di dakwa telah hilang.

“Ini adalah penjelasan yang telah diulang banyak kali tapi tak pernah disangkal sesiapa dari PH” kata Najib dihujung hantarannya – sumber FB NajibRazak

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat