YKM salur RM1.27 juta kepada anak-anak mangsa COVID-19 – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) memperuntukkan sebanyak RM1.27 juta untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu akibat Pandemik COVID-19.

YKM yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah ditubuhkan bagi tujuan membantu anak-anak yang kehilangan penjaga ketika pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.

Menurut Ismail Sabri, YKM memberi bantuan dalam bentuk Bantuan YKM dan Bantuan Persekolahan.

Bantuan YKM melibatkan dua kategori iaitu kategori A dari usia sehari sehingga 15 tahun, menerima sumbangan sebanyakRM2,000.

Manakala Kategori B membabitkan anak-anak berusia 16 tahun sehingga tamat ijazah sarjana muda pertama, menerima sumbangan sebanyak RM2,500.

Bantuan YKM akan dikreditkan terus ke akaun penerima dalam tiga fasa iaitu pada 20 Mac ini, Julai dan November.

Selain itu YKM turut menyalurkan Bantuan Persekolahan sebanyak RM300 kepada setiap penerima. Ini membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM176,700 dan 589 penerima.

“YKM akan memastikan anak-anak yatim ini mendapat pendidikan yang sempurna sehingga berusia 18 tahun atau tamat ijazah pertama di institut pengajian tinggi.

Biarpun sudah dua tahun berlalu, kesan pandemik ini masih terasa. Ada di antara anak-anak ini masih trauma.”

Anak-anak ini tidak boleh dilupakan. Mereka masih memerlukan bantuan bagaimanapun YKM tidak mampu melakukannya bersendirian. “Kami menyeru golongan korporat dan orang ramai untuk bersama-sama membantu anak-anak ini,” katanya.

Terdahulu, beliau berbuka puasa dan menyerahkan Bantuan YKM kepada 109 anak-anak yatim COVID-19 di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur. Ia merupakan simbolik kepada permulaan penyaluran Bantuan YKM bagi tahun 2024.

Sempena Ramadan ini, Ismail Sabri turut membawa anak-anak terbabit ke SOGO untuk membeli persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat