Perkembangan syiar Islam di Pahang masih subur dan teguh – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

LIPIS: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan syiar Islam di Pahang masih terus hidup subur di negeri ini.

Jelasnya, kerajaan negeri Pahang sentiasa mengambil berat agar syiar Islam dapat diperkukuhkan lagi.

Katanya lagi, perkembangan Islam di Pahang adalah yang terbaik di negara ini.

Menurutnya lagi, pada tahun ini Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM162.5 juta ringgit bagi memperteguh syiar Islam di Pahang.

“Kerajaan Negeri Pahang juga sentiasa mengambil berat tentang perkembangan syiar Islam di Negeri Pahang agar ia terus hidup subur dan mekar.

“Menerusi pelbagai insiatif yang diwujudkan, saya boleh katakan, perkembangan Islam di Negeri Pahang merupakan antara yang terbaik di negara ini,” kata beliau pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Dan Sumbangan Ihya’ Ramadan Anjuran Yayasan Pahang, di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, sebentar tadi.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor, Exco Exco Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi, YDP Lipis Dato Mohd Hafizi Ibrahim dan dif-dif jemputan.

Ujar Wan Rosdy lagi, dalam tempoh 5 tahun ini, kerajaan negeri telah mengagihkan sumbangan RM1,000 kepada setiap masjid dan surau kebenaran Jumaat, sumbangan RM2,000 kepada setiap Maahad tahfiz, Sumbangan RM750 kepada setiap jemaah haji pada tahun ini, sumbangan RM200 ringgit kepada setiap mualaf dan RM300 bagi perkahwinan kali pertama kepada setiap pasangan dan banyak lagi, katanya.

“Majlis pada hari ini juga, merupakan sebahagian usaha kita untuk memastikan masjid dan surau kita terus diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu dan aktiviti keagamaan.

“Insya-Allah dari semasa ke semasa, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memastikan lebih banyak lagi peruntukan dapat disalurkan ke arah pengukuhan agama Islam pada masa-masa akan datang, katanya”.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat