Palace of the Golden Horses dengan bangganya mempersembahkan Bufet Selera Kampung, sebuah pengalaman kuliner istimewa untuk menyambut bulan Ramadhan dengan citarasa tradisional dan keaslian masakan Malaysia. Menampilkan pelbagai hidangan yang dipilih khas, para tetamu dapat menikmati pelbagai rasa yang mewakili kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia, menjanjikan pengalaman berbuka yang yang tidak boleh dilupakan.
Bufet Selera Kampung akan diadakan di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses dari 15 Mac hingga 7 April 2024. Tersedia pada setiap Jumaat hingga Ahad, ia menawarkan pelbagai hidangan yang dirancang dengan teliti untuk mengeratkan semangat persaudaraan pada bulan suci ini.
Dengan tiga menu dan pelbagai hidangan lazat yang dihidangkan secara bergilir, para tetamu boleh menikmati hidangan tradisional kegemaran ramai. Antara hidangan utama dalam menu ini termasuk ‘Ayam Masak Rose A-la Kampung’, ‘Daging Salai Lemak Cili Api’, ‘Prawn Sambal with Petai’, ‘Labu Masak Lemak Pucuk Manis’, ‘Ayam Kampung Masak Gulai Utara’, serta ‘Ketam Serai dan Cili’. Hidangan lain termasuk ikan dan makanan laut panggang, ayam panggang, itik panggang, peha kambing yang dipanggang bersama herba dan bawang putih, daging lembu panggang, dan pelbagai jenis satay.
Peminat makanan laut boleh menikmati pilihan di bahagian ‘Seafood on Ice’, yang menyediakan udang harimau, kerang Manila, ketam bunga, dan kerang scallop. Terdapat jugak gerai mi yang akan menawarkan pelbagai pilihan seperti Laksa Utara, Char Kway Teow Penang, dan Mee Mamak. Selain itu, para tetamu boleh menjamu selera dengan pelbagai pencuci mulut yang lazat seperti Ais Kacang ABC, Cendol, dan pelbagai hidangan Eropah termasuk kek keju, kek velvet, kek gulung, dan biskut.
Untuk memeriahkan lagi suasana, para tetamu akan diiringi oleh melodi memikat dari Seloka Warisan, sebuah kumpulan muzik yang diwakili oleh tiga orang yang akan memainkan pelbagai lagu-lagu tradisional dan antarabangsa dalam bahasa Cina, Arab, dan Inggeris, serta lagu-lagu Melayu Pop kegemaran ramai secara langsung. Para tetamu juga boleh merakam kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan melalui pengalaman fotobooth 360° yang terletak di kawasan serambi.
Hanya pada harga RM128, orang dewasa boleh menikmati pelbagai hidangan lazat di Bufet Selera Kampung, manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun boleh menyertai pada harga RM50 sahaja. Warga emas berumur 60 tahun ke atas juga boleh menikmati buffet ini pada harga diskaun iaitu RM60. Selain itu, tempahan korporat juga boleh mendapat tawaran eksklusif dengan harga RM90 seorang untuk tempahan sekurang-kurangnya 300 orang.
Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati permainan golf di Mines Resort & Golf Club, yang terletak berdekatan dengan Palace of the Golden Horses sepanjang tempoh Ramadhan dengan promosi Ramadhan yang istimewa. Harga bermula dari RM260, termasuk 18 lubang golf dan berkongsi Buggy dan Caddy. Waktu permainan dibuka dari jam 12:30 petang, Selasa hingga Jumaat (kecuali hari cuti umum), memberikan peluang yang sempurna kepada para tetamu untuk bermain golf pada harga yang lebih rendah.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati rasa Ramadhan di Bufet Selera Kampung Palace of the Golden Horses sambil menikmati permainan golf. Individu yang berminat boleh membuat tempahan di laman web Palace of the Golden Horses di https://ramadan.palaceofthegoldenhorses.com.my/. Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini tentang acara ini, sila layari https://www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses atau hubungi En. Marzuki (012-6492084), Puan Yanti (016-9229558), Puan Shafina (012-9621669), atau nombor pejabat kami di 016-2908400 (Isnin – Jumaat: 9 pagi hingga 6 petang, Sabtu: 9 pagi – 1 petang, Ahad: pejabat ditutup).