Teater Dari Ceruk Tok Kun Ke Putrajaya Kini Kembali

- Advertisement -

Pada tahun 2019, telah berlangsung persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari CherokTok Kun ke Gombak vang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. Pementasan ini dibarisi oleh para pelawak terkenal tanahair seperti Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs dan para pelakon dari Resdongs Entertainment dan telah ditonton oleh lebih dari 1000 orang penonton. Pementasan ini telahdiarahkan oleh Lanun Resdongs dan juga telah menampilkan penampilan khas Azharina Juara Gegar Vaganza 3 dan juga Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie.

Lebih manis pada malam itu adalah kehadiran Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari bersama isterinya YBhg. Datin Seri Masdiana Muhamad Kini selepas 4 tahun berlalu, pada tarikh 26 Mei 2023 bersamaan denagn hari Jumaat sekali lagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs
Entertainment dan dengan sokongan oleh MyCreative Ventures bakal menganjurkan bahagian kedua siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya.

Pementasan kali ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment.

Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini.
Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE. Pentas teater akan dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex Wings). Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair. Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.

100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara online www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023).

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 017-7054996 ( Cik Sarah). atas talian di Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment dengan sokongan oleh MyCreative Ventures percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater.

Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.

Akhir kata, jutaan erima kasih dliucapkan kepada Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat
Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari diatas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh beliau kepada PEMADAM Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment dengan sokongan oleh MyCreative Ventures untuk menjalankan aktiviti anti dadah di Selangor Darul Ehsan ini. Semoga usaha murni untuk membanteras gejala dadah ini diberkati Allah SWT. InsyaAllah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat