Perjanjian RM500 juta Untuk Bot Amfibia

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang memeterai memorandum perjanjian (MoA) bernilai RM500 juta bagi projek pembangunan industri bot amfibia bersama syarikat Sealegs International Pte Ltd minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perjanjian itu adalah satu usaha Sealegs International menjadikan Pahang sebagai pusat pembuatan, pusat servis dan pusat pemasaran bot amfibia keluaran mereka.

“Perjanjian ini ditandatangani oleh setiausaha kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak mewakili Perbadanan SUK Pahang dan Ketua Pegawai Eksekutif Sealegs International, David Mckee Wright yang mewakili Sealegs International,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, Sealegs International adalah sebuah syarikat pembuatan kapal amfibia berpusat di New Zealand dan antara syarikat perusahaan marin terbesar dunia.

Pembangunan projek ini juga diharap mampu menyumbang kepada pembangunan negeri Pahang dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat