“Serang bila saya bantu pesawah tapi mereka juga cium tangan taikun itu” – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menerima kritikan sesetengah ahli politik kerana meminta usahawan terkemuka untuk membantu pesawah miskin.

“(Tetapi) bila (usahawan itu) membantu ratusan juta kepada parti politik, mereka (ahli politik tersebut) cium tangannya,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran MRT Aliran Putrajaya di depot MRT Serdang, pada Khamis.

Anwar merujuk kepada pemilik Padiberas Nasional Bhd (Bernas), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang sebelum ini dimintanya untuk menyalurkan RM60 juta daripada keuntungan yang diraih kepada pesawah.

Menjadikan Yayasan Albukhary sebagai contoh, Anwar berkata negara memerlukan sistem perolehan yang lebih telus.

“Beliau (Syed Mokhtar beri) RM200 juta masuk ke parti (politik), kita minta beliau serahkan RM60 juta kepada pesawah.

“(Tetapi) mereka tak puas hati. Ada tokoh-tokoh politik yang menyerang saya (dengan mengatakan) saya ingin bertindak kepada seorang usahawan Melayu yang berjaya,” dakwa pengerusi PH itu lapor Malaysiakini.

Anwar pertama kali membangkitkan idea agar Bernas berkongsi keuntungannya dengan pesawah padi pada Julai lalu, ketika masih menjadi Ketua Pembangkang.

Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, Anwar menegur Syed Mokhtar berkenaan monopoli Bernas dalam import beras.

Anwar juga berkata Syed Mokhtar akan membuat pembayaran sebanyak RM10 juta kepada pesawah yang miskin pada Disember 2022, dan tambahan RM50 juta tahun ini.

Syed Mokhtar memiliki 92 peratus saham Bernas yang dibelinya daripada, Datuk Seri Shahidan Kassim dan ahli perniagaan Tan Boon Seng pada 2014.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat