Surat RoS: Saifuddin dah ‘move on’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Saya dah ‘move on’ daripada episod itu,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berhubung pengecualian yang diberikan kepada Umno berhubung resolusi dua jawatan tinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu.

Beliau enggan mengulas walaupun banyak pihak mendesak beliau menjelaskan tindakannya.

“Mereka (Umno) pun nak mengundi dah hari Sabtu nanti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, selepas ditanya mengenai suatu surat dikatakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang tersebar baru-baru ini.

Kandungan surat yang dimuatnaik di Facebook itu menyatakan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 berkenaan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu tidak sah.

Surat itu muncul pada 7 Mac lepas, selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan Umno diberi pengecualian mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan, yang memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta tersebut.

Sebelum ini, beberapa ahli politik dan penganalisis mengkritik dan menggesa Saifuddin menjelaskan pengecualian yang diberikan kepada Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat