Anwar beritahu kerjasama PKR dengan UMNO masih pra-matang, tegaskan tak tinggal DAP

- Advertisement -

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecah kekeliruan berhubung menjalin kerjasama antara PKR dan UMNO menjelang PRU-15.

Menurut beliau, untuk merangka gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk pilihan raya akan datang, ia masih di peringkat pra-matang.

“Terlalu awal, ada ahli Parlimen UMNO yang menyokong tapi tak ada keputusan.

“Perbincangan antara PKR dan UMNO berterusan, sekarang masih pra-matang,” kata Anwar pada sidang media di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun tidak menyebut nama ahli-ahli Parlimen UMNO yang berbincang dengan beliau mengenai perkara ini.

Menurut beliau apa yang boleh dipegang ketika ini ada perbincangan awal antara pimpinan PKR dan UMNO.

Anwar memberi keyakinan sekiranya beliau menjalin kerjasama dengan UMNO, PKR tetap akan membawa bersama DAP dan Amanah kerana dua parti itu sebahagian daripada PH.

“Bangkit soal kluster mahkamah, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).. Sebenarnya dalam PH pun ada berpuluh pimpinan bakal didakwa, bukan tumpu pada UMNO sahaja.

“Tak nak katakan orang disiasat tak boleh bincang,” katanya.

Beliau menegaskan berdasarkan matematik mudah Perikatan Nasional (PN) masih belum cukup majoriti meskipun mencuri ahli Parlimen PKR.

Ditanya sama ada perbincangan dengan UMNO itu melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar tidak menafikan perkara itu.

“Najib? Saya jumpa semua, bincang dengan semua.

“Politik ini penuh permusuhan dan kezaliman,” kata Anwar. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat