Mohamad Ali umum rebut jawatan MKT, mahu perkukuh pentadbiran Zahid, Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengumumkan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti itu bulan depan.

Lapor BH di Melaka, pengumuman Ketua Umno Bahagian Tangga Batu itu, sekali gus menjadikan beliau sebagai pemimpin Umno ketiga dari negeri itu yang mengisytiharkan untuk merebut jawatan berkenaan selepas Ketua Umno Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta penyandang Ahli MKT, Datuk Rais Yasin berbuat demikian, baru-baru ini.

Beliau berkata, hasrat bertanding itu adalah sebagai usaha untuk memantapkan lagi pentadbiran dan kepemimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau menawarkan diri untuk membarisi pasukan yang akan sentiasa mempertahankan institusi Presiden parti keramat berkenaan.

“Saya adalah seorang daripada pemimpin Umno yang lantang bersuara ketika terdapat beberapa pemimpin parti yang tidak menghormati institusi presiden.

“Saya tidak fikir apa-apa (habuan) sebaliknya mahu memastikan dua pemimpin kita itu (presiden dan timbalan presiden) dapat meneruskan perjuangan menjaga dan memartabatkan Umno demi masa depan agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Ali turut mengumumkan untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu untuk penggal kedua kali ini.

Ia susulan pengumuman Rais yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput untuk merebut jawatan terbabit.

“Saya sudah mempersembahkan kerja saya sebagai Ketua Umno bahagian selama lima tahun di Tangga Batu dan begitu juga Rais sebagai Ketua Pemuda bahagian, justeru, ahli parti sudah tentu dapat membuat penilaian terhadap kemampuan kami memimpin.

“Sekarang terpulang kepada ahli untuk memilih, saya tidak mahu memperkecilkan mana-mana pihak kerana yang penting adalah pilihan oleh perwakilan yang mewakili suara ahli Umno cawangan untuk menentukannya di kertas undi kelak,” katanya.

Rais yang juga EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, sebelum ini mengumumkan hasrat mencabar Mohamad Ali dalam pemilihan jawatan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu yang dianggap bukan lagi rahsia dalam kalangan ahli bahagian terbabit.

UMNO mengadakan pemilihan parti bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini di semua peringkat bagi mematuhi pindaan Perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pemilihan itu akan membabitkan sebanyak 22,000 cawangan serta 191 bahagian Umno di seluruh negara termasuk bahagian yang digantung.

Credit FOTO: Astro Awani

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat