MUDA sokong polis pakai kamera badan, tingkat integriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Parti Muda menyokong penuh pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mahu pelaksanaan segera pemakaian kamera badan pada anggota polis dan permintaan beliau untuk ketua polis negara mengadakan sidang media berkala adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.

Sekiranya dua perkara ini dapat dilaksanakan dengan segera, Muda berpandangan ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang amat baik yang boleh diletakkan di dalam kad laporan menteri kepada rakyat,” kata Naib Presiden Muda, Zaidel Baharuddin.

Katanya, pelaksanaan kedua-dua cadangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan operasi anggota yang mempunyai bukti video bagi rujukan sekiranya berlaku pertikaian, ianya juga dapat meningkatkan integriti serta menangkis persepsi negatif yang mungkin timbul dalam melaksanakan tugas harian anggota.

“Saya juga menyokong penuh saranan menteri untuk ketua polis negara mengadakan sidang akhbar berkala bagi menjawab isu-isu dan persoalan yang timbul bagi meleraikan persoalan yang timbul.

“Kita telah lihat bagaimana sidang media berkala yang pernah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan dapat membantu menjawab pelbagai isu dan persoalan berkaitan pandemik dan vaksin sewaktu tempoh PKP,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar Zaidel lagi, seharusnya pegawai tertinggi kerajaan, khususnya yang memegang agensi atau badan yang berurusan dengan orang awam, wajar berdepan dengan pihak media dalam menjawab isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugas mereka.

“Pangkat, pingat dan keistimewaan dalam memegang jawatan tertinggi kerajaan haruslah digandingkan dengan amanah dan tanggungjawab untuk berani berhadapan dengan rakyat dan media.

“Sekali lagi, saya ingin mengulangi sokongan penuh terhadap hasrat dan usaha Menteri Dalam Negeri berkaitan dua isu ini dan saya mendoakan kejayaan beliau dalam melaksanakan hasrat ini dengan
segera,” katanya.

Semalam, Saifuddin berkata penggunaan kamera badan pada anggota polis perlu dilaksanakan segera.

Jelas beliau ia perlu dilakukan tanpa berkompromi dengan prinsip ketelusan dalam urusan perolehannya.

Ketika ini, katanya, perolehan perkakasan itu belum dilaksanakan kerajaan.

“Arahan saya mudah iaitu ia perlu dilakukan secepat mungkin tanpa berkompromi dengan semua prinsip ketelusan dalam urusan perolehan.

“Buat masa sekarang belum lagi, perolehan beli kamera belum dibuat. Sekarang di peringkat menentukan spesifikasi dengan kesesuaian kita,” katanya.

Saifuddin berkata, peruntukan memperoleh kamera badan sudah ada dan penggunaannya kelak mampu memudahkan pengumpulan bahan bukti selain meningkatkan integriti pasukan polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat