KUALA LUMPUR – Akaun Telegram dan WhatsApp Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digodam.

Dalam paparan tangkap layar yang dimuat naik Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menunjukkan individu yang menggodam aplikasi perbualannya meminta wang daripada beberapa kenalan menggunakan akaun Zahid.

“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam.

“Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.

“Saya dalam proses mendapatkan semula akaun,” ujar Zahid.

Hantaran Twitter berkenaan juga Zahid turut memaklumkan perkara berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.