Presiden PAS Dirawat Di IJN, Sesak Nafas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami sesak nafas malam tadi.

Menerusi media sosial pimpinan dan ahli-ahli PAS
memberitahu doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil.

Bagaimanapun, jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan kepenatan.

“Pada 15 Februari 2021 jam lebih kurang 7.50 malam Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya akibat sesak nafas.

“Dikhabarkan hadir sama di Hospital Putrajaya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan,” katanya.

Dalam pada itu, doktor telah telah memaklumkan bahawa Presiden PAS berkenaan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan.

Hal ini memandangkan beliau telah melakukan ‘swab test’ di IJN.

“Pada jam 9.25 malam tadi Abdul Hadi telah dibawa dengan ambulan ke IJN KL,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia ini, beliau mengarahkan kepada semua Pemuda PAS seluruh Malaysia untuk mendirikan solat hajat pada hari ini .

Katanya untuk memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan yang berpanjangan kepada Ayahanda Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Semoga Ayoh Chik dapat kembali membimbing, memimpin dan mendidik kita semua seperti sedia kala,” katanya dengan meninggalkan tanda pagar
#BapaPerpaduanUmmah.

Selain itu, ahli PAS yang mengajak semua mendoakan keafiatan buatAbdul Hadi.

“Semoga murobbi kesayangan ummah ini di berikan kesembuhan, kekuatan untuk meneruskan perjuangannya menegakkan Islam di tanah air kita ini.

“Kami semua masih memerlukanmu duhai Tuan Guru,” catatnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat