Ahli Parlimen , ADUN penerima pertama vaksin Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Ahli Parlimen dan ADUN dikategorikan golongan pertama bakal menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka akan menerimanya ketika fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, yang akan bermula 26 Februari ini.

Penerima fasa pertama yang lain adalah petugas barisan hadapan, iaitu kakitangan kesihatan dan penguatkuasaan.

Muhyiddn memaklumkan perkara itu dalam ucapan pelancaran buku panduan program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di Putrajaya hari ini.

Fasa pertama dijangka berjalan sehingga Mei.

Fasa kedua pula, yang bermula pada Jun, akan memberi tumpuan kepada golongan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19, antaranya warga emas mereka yang mengalami masalah morbiditi.

Warga Malaysia yang lain dijangka menerima vaksin pada fasa ketiga, yang bermula Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat