Liga Hoki Malaysia Diawalkan – Anil Jeet Singh

PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Anil Jeet Singh, mematuhi janji apabila membuat pengumuman tarikh baru penganjuran Liga Hoki Malaysia (LHM).

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu memberikan kelonggaran kepada atlet untuk menjalani latihan berpusat yang bermula semalam (Isnin).

Bagaimanapun, seperti yang dikongsi bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam, penganjur kejohanan itu tidak akan mengambil remeh sekiranya terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan yang ditetapkan sepanjang liga berlangsung.

“Kami telah bermesyuarat bersama MSN (Majlis Sukan Negara) termasuk Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, secara atas talian pada 14 dan 16 Februari lalu.

“Kami memutuskan LHM akan berlangsung lebih awal iaitu pada 11 Mac hingga 3 April untuk (kategori) lelaki dan 15 Mac-3 April untuk wanita.

“SOP yang diguna pakai adalah gelembung sukan.

“Tempat seperti hotel atau hotel akan diumumkan kemudian,” katanya dalam sidang media.

Semua pasukan akan melaporkan diri pada 10 Mac sebelum aksi pertama dengan siri ujian calitan yang ditetapkan.

“Mereka akan menjalani jenis ujian RT-PCR, bukannya RDK.

“Tiga hari sebelum mereka beraksi dalam liga, MSN juga akan mengadakan ujian calitan maka risiko (jangkitan) akan lebih rendah – Astro Awani

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Muhyiddin Nak Jadi Menteri Kewangan Tapi Saya Pilih Lim Guan Eng – Mahathir

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipilih menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana berjaya menguruskan kerajaan Pulau Pinang...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Agong Berhak Tentukan Sidang Parlimen Tanpa Nasihat PM – Ku Li

KUALA LUMPUR: Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, kata...

PKPD Di Hotel Centennial Sitiawan Dikuatkuasa Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Sitiawan, Perak bermula esok sehingga 10 Mac...