PM Dijadual Lancarkan MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia Jumaat Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – ‘MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia’ akan dilancarkan pada Jumaat ini yang dirangka sebagai landasan bagi menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ia dijadual dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustapa berkata, untuk tujuan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital Malaysia.

Majlis yang dipengerusikan Perdana Menteri itu menjadi entiti tunggal dan mengambil alih semua jawatankuasa berkaitan digital dan teknologi sedia ada bagi memudahkan penyelarasan dan mengelakkan pertindihan tugas, katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat pertama majlis itu telah berlangsung pada November lepas dan akan bersidang semula pada Mac ini dan seterusnya setiap tiga bulan sekali.

Menurut Mustapa, majlis itu diterajui enam kluster iaitu Ekonomi, Masyarakat, Teknologi Baru Muncul, Bakat Digital, Infrastruktur Digital dan Data serta Kerajaan.

MyDigital adalah pendekatan baharu dan menyeluruh terhadap beberapa inisiatif teknologi maklumat dan digital sedia ada sebelum ini termasuk Koridor Raya Multimedia (MSC).

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat