5,718 Pesakit Covid-19 Pulih, 8 Kematian, 2,720 Jangkitan Baru

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan lapan lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 983 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 2,720 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 269,165 kes .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu itu melibatkan kes tempatan.

Tiada sebarang kes import direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Pada Selasa juga, Kementerian Kesihatan, kata Dr Noor Hisham mencatatkan seramai 5,718 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh mengatasi angka jangkitan baharu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 44,129 kes.

Manakala negeri Selangor, kata beliau, mencatatkan jangkitan baharu COVID-19 tertinggi dengan 1,300 kes diikuti Johor (451 kes) dan Kuala Lumpur (318 kes).

Setakat ini juga, seramai 253 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 118 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan terdapat 19 kluster baharu dikenal pasti. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat