Boleh Bergerak Lebih 10km Radius, Larangan Rentas Daerah & Negeri Kekal

KUALA LUMPUR – Larangan pergerakan rentas negeri dan daerah kekal meskipun berlaku pertukaran status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bermula Jumaat (19 Feb) ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sebahagian besar negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) namun pergerakan hanya dibenarkan di dalam daerah dan tidak boleh merentas antara daerah atau ke negeri lain.

Beliau berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) pergerakan rentas negeri telah menyumbang kepada peningkatan kes selepas kelonggaran diberikan pada akhir tahun lepas, justeru larangan itu kekal.

“Jika dulu kluster disebabkan rentas negeri hanya 11 hingga 12 kluster, namun selepas kita beri kelonggaran pada Disember lepas, ramai rentas negeri dan menyebabkan berlaku peningkatan kes COVID-19.

“Misalnya, di Kelantan selepas rentas negeri dibenarkan, banyak kes COVID-19 dan hampir 65 peratus daerah bertukar menjadi zon merah dan status negeri bertukar PKP. Maka kita tidak benarkan rentas negeri lagi,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mulai Jumaat ini, pelaksanaan PKP dilanjutkan hingga 4 Mac di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang manakala negeri-negeri lain dikenakan PKPB dan Perlis pula dikenakan PKPP.

Ismail Sabri turut mengumumkan kerajaan membenarkan pergerakan melebihi 10 kilometer radius di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, tidak relevan untuk mengehadkan pergerakan kerana banyak aktiviti ekonomi dan sosial diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

Sementara itu, mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri berkata sebanyak 596 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam membabitkan 532 individu dikompaun serta 64 lagi direman.

Antara kesalahan ingkar SOP adalah tiada penjarakan fizikal (155 kes), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (134) dan tidak memakai pelitup muka (121).

Selain itu, Op Benteng berjaya mengusir 11 orang pendatang tanpa izin yang cuba memasuki sempadan negara dan menahan seorang pendatang tanpa izin serta dua penyeludup. – Bernama

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

Berita Berkaitan

Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...

Gubal Akta Anti Lompat Parti Perlu Sokongan Dua Pertiga – Takiyuddin

KOTA BHARU: Penggubalan akta anti lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana...