KUALA LUMPUR – Adun Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Abd Halem menyangkal tohmahan yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai barua DAP.
Dalam hantaran di Facebooknya, seorang warganet mendakwa semua Presiden Umno sebelum ini melawan DAP tetapi Presiden Umno Zahid jadi barua DAP sebab banyak kes peribadi.
Susulan komen itu, menjawab, barua kalau tak buat apa-apa. Banyak manfaat Islam, Melayu terima bila Umno dalam kerajaan hari ini.
Sebaliknya Mohd Noor Helmy membidas, yang barua adalah kita yang hanya sibuk membaruakan orang lain tapi kita sikit pun tidak sumbang apa apa selain daripada kata menghina.
Sementara itu, beliau berkata lagi, Perhimpuan Agung Umno 2025 telah bermula hari Rabu lepas dan pelbagai harapan telah disampaikan, pelbagai perasaan telah diluahkan.
“Umno ini adalah institusi. Presiden adalah nakhoda. Kepimpinan pelayar bahtera. Ahli adalah awak-awak kapal yang menjadi penentu samada kapal dapat belayar dengan sempurna atau karam di laut yang bergelora.
“Saya? Diletak oleh parti sebagai pelaksana. Rakyat menentu sama ada saya diterima,” ujarnya.
Berkenaan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Mohd Noor Helmy memberitahu mereka pernah berlawan.
“Ketika berlawan saya lawan sepenuh hati sehingga turun naik mahkamah menjadi amalan. Menghina dan dihina menjadi makanan.
“Sekarang kami berkawan. Ketika berkawan, saya berkawan lebih dari segalanya. Rakyat sebagai keluarga untuk dipertahankan,” katanya.
Manakala mengenai masa depan kerjasama Umno-PH beliau berkata, keputusan parti adalah arahan.
“Pastinya parti ada penilaian yang menjadi asas kepada setiap keputusan. Saya menurut perintah tanpa persoalan.
“Selamat bersidang para perwakilan. Umno adalah rumah kita,” kata beliau.
Dalam pada itu, muncul pula komen daripada pengikutnya di Facebooknya yang meninggalkan komen, “Akmal akan tersakiti nampak sahabat dia begitu mesra dengan boss”.
Bagaimanapun, Mohd Noor Helmy membalasnya dengan hikmah, “Akmal dengan cara dia. Dia betul dari pandangan dan tanggungjawab dia. Dia tak lari dengan keputusan berdasarkan penilaian yang dia terima”.



