Kini giliran DAP Melaka pula lepas jawatan Exco, Timbalan Speaker DUN buktikan tahap moral – Pas Melaka

KUALA LUMPUR – Sudah tiba giliran DAP Melaka pula melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) gesa, Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pas Melaka Datuk Kamaruddin Sidek.

Kata beliau, ia selari tindakan berprinsip oleh Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh yang meletak jawatan Exco Melaka secara sukarela.

“Dr Akmal sudah mengotakan janji dengan berundur daripada jawatan itu kerana berpegang kepada prinsip mendahulukan tanggungjawab memperjuang serta mempertahankan agama, bangsa dan raja Melayu.

“Tindakan diambil Dr Akmal tanpa tekanan daripada pimpinan Umno atau kerajaan negeri itu membuktikan keberanian dan kejujuran Adun Merlimau terbabit dalam berpolitik.

“Bagi saya, tindakan itu adalah sindiran sangat tajam kepada DAP yang kini perlu membuktikan tahap moral mereka sendiri,” tegas Kamaruddin dalam kenyataannya pada Jumaat.

Justeru katanya, sekurang-kurangnya, sudah tiba giliran DAP Melaka pula untuk melepaskan jawatan Exco serta Timbalan Speaker DUN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat