KUALA LUMPUR – Setakat 15 Jan 2026 ahli Umno direkodkan ialah seramai 3.525 juta manakala jumlah ahli baru bagi tahun 2025 dicatatkan berjumlah 46,655 orang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Puad Zarkashi bagaimanapun mengingatkan, jumlah ahli ramai tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi.
“Hari ini Perhimpunan Agung Umno 2025 bermula dengan menaikkan bendera Sang Saka Bangsa. Setakat 15 Jan 2026 jumlah ahli Umno ialah 3.525 juta (ahli baru tahun 2025 ialah 46,655).
“Tetapi jumlah ahli yang ramai tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi. Contohnya PRN Sabah. Jumlah ahli Umno di Sabah ialah 622,000 orang. Tetapi jumlah undi yang diperoleh oleh Umno ialah 144,584 undi sahaja.
“Justeru Umno mesti peka kepada gejala mencabar ini,” ujar Puad.



