MCA tak akan keluar BN – Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu tidak akan keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata keputusan itu dimuktamadkan selepas mengambil kira penubuhan gabungan berkenaan dibuat berasaskan semangat Perikatan pada 1973.

“Soal ini (keluar daripada BN) tidak wujud. BN ditubuhkan berlandaskan kepada semangat Perikatan dulu. Kita bersama-sama menubuhkan gabungan ini.

“Justeru, soal ini tidak wujud setakat ini,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur lapor BH pada Jumaat.

Terdahulu, Zahid mengakui keberadaan BN dalam Kerajaan Perpaduan mengundang keretakan hubungan mesra sesama parti komponen gabungan itu, walaupun ia dimuktamadkan atas dasar kepentingan negara.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata keadaan itu menyebabkan ada parti komponen BN membuat keputusan untuk meninggalkan gabungan yang selama ini menjadi tonggak kestabilan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat