Akmal doktor tapi minda tak maju seperti puak ekstremis PN – DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua DAPSY Woo Kah Leong menegur Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh kerana dianggap ‘agak keras’ menyerang rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan namun pada masa yang sama berlembut sangat kepada ‘parti hijau’.

Kah Leong membidas “kalau nak mempopularkan diri dan mempertikaikan orang lain dengan isu ham, kelihatannya rendah sangat piawaian seorang Ketua Pemuda yang begitu cetek dengan cara berpolitik sedemikian.

Menurut Ketua Pemuda DAP itu dalam konteks Malaysia yang majoritinya Islam, lumrahnya peniaga tidak akan berani untuk mencabar sensitiviti sedemikian demi tidak menatijahkan penutupan kedainya dan hanya akan menjual ham yang bukan merupakan daging babi.

“Sama ada peniaga yang menjual ham (ayam, lembu dan sebagainya) mempunyai sijil Halal yang sah, itu cerita lain.

“Peredaran zaman menyaksikan kemajuan dalam pelbagai perihal, namun tetap ada yang seumpama tinggal dalam zaman paleolitik.

“Malu sangat dengan orang yang ada gelaran doktor tetapi masih tidak maju dari segi minda seperti puak ekstremis PN, sama ada berpura-pura bodoh atau betul-betul bebal,” tempelak Kah Leong dalam catatan di Facebooknya.

Ujar beliau, sebagai ketua pemuda parti politik arus utama dan juga seorang yang berpendidikan (sepatutnya), wajar untuk mengangkat martabat institusi pertubuhan yang ditunjanginya.

Namun katanya “persembahan” utamanya adalah untuk menyerang rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan pada masa yang sama berlembut sangat kepada parti hijau.

“Daripada menyerang menteri kerajaan perpaduan, patutnya semak sama ada diri sendirinya juga kelihatan jahil di mata orang lain.

“Bila menuding jari kepada orang lain, empat jari sebenarnya balik ke anda sendiri. Dalam teori linguistik, terdapat konsep “semantic broadening” yang merujuk kepada makna perkataan diperluaskan atau menjadi lebih inklusif dari semasa ke semasa disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk budaya, sejarah, perubahan sosial dan sebagainya.

“Makna sesuatu perkataan yang asalnya spesifik sentiasa berubah dan diguna pakai dalam konteks yang lebih luas.

“Oleh itu, makna perkataan “ham” juga diperluaskan dan kini sering dirujuk kepada pelbagai jenis ham seperti Chicken Ham, Turkey Ham dan Beef Ham,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat