Konsert ‘Anniversary’ ke 20 tahun ‘Letto Live In Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 12 Januari lepas bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Konsert tersebut menyaksikan seramai 2,500 peminat hadir dan menyaksikan sendiri Live Persembahan yang cukup luar biasa dan meriah.
Setelah 20 tahun berkarya didalam industri muzik, Letto mempersembahkan 20 buah lagu dengan ramuan Istimewa yang sememangnya memberikan sesuatu yang Istimewa kepada peminat Letto yang menyaksikan persembahan pada malam itu.
“Kami siap sedia memberi yang terbaik walaupun yang datang hanya 10 atau 100 orang.” ujar Noe, sang teraju utama Letto, merendah diri.
“Ternyata siapa sangka pecah panggung, dan kami merasa sangat bersyukur.”
Kumpulan yang berasal daripada Yogyakarta ini ditubuhkan pada 2004, sangat terkenal dengan lagu-lagu hits pop melankolik sarat mesej-mesej tersurat melalui seni lirik dan sastera bahasa yang penuh rasa dan makna.
Vokalist kumpulan Letto iaitu Noe merupakan anak kepada penyair terkenal Indonesia iaitu Emha Ainun Nadjib, maka talenta beliau dalam seni penulisan sastera sudah tentu diwarisi dari kehebatan bapanya, tidak hairan lah setiap persembahan Letto pada malam itu Neo akan berpuitis.
Selain Noe, kesemua line-up Letto iaitu Patub (gitar), Cornel (bass), Widi (kibod) dan Dhedot (dram) telah bersahabat sejak dari remaja sehinggalah sekarang.
Yang lebih istimewanya Konsert kali ini adalah kumpulan 7 orang Gamelan yang dibawakan khas dari Indonesia, Yogyakarta untuk mengiringi konsert Letto serta memberikan satu kelainan dan harmoni yang sungguh luar biasa menakjubkan buat semua yang hadir seolah olah mereka di jampi.
Tepat pada jam 8.00 malam persembahan dimulakan dengan persembahan artis jemputan iaitu Dalia Farhana yang telah mempersembahkan dua buah lagu “Rumah” dan “Langit Yang Sama”.
Seterusnya Letto masuk megambil alhi pentas dengan kemunculan santai Neo menyanyikan Lagu “Love Bird” membuatkan peminat yang hadir bersorak dan bergema seluruh dewan konsert pada malam itu. Tiga buah lagu Inggeris telah dipersembahkan selain “Love Bird” iaitu “Insensitive” dan “Truth, Cry and Lie”.
Lebih menariknya persembahan malam itu, Letto membawakan 3 buah lagu cover dari artis Malaysia iaitu “Suci Dalam Debu” (Iklim),”Cinta Kita” (duet Amy Search dan Inka Christie) dan “Isabella”(Search). Ketiga-tiga lagu ini merupakan tribute hormat buat ikon muzik dari Malaysia dan mempunyai makna yang cukup mendalam.
Seterusnya lagu lagu Hit daripada album album Letto antaranya ‘Sebenarnya Cinta’, Muatiara, Sandaran Hati, Kedamaian Sejati, Pemintaan Hati, Layang-Layang, Senyuman Mu, Kagen Deso, Ruang Rindu, Sebelum Cahaya dan lain lain.
Pihak Penganjur iaitu Qew Communications telah memberikan satu buah tangan yang sangat berkualiti dan menepati janji mereka iaitu akan memberikan satu persembahan yang menakjubkan dan membuat setiap yang hadir pulang dengan senyuman.