Selepas 67 tahun merdeka, tak perlu lagi persoal kesetiaan rakyat Malaysia – Rafidah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia terhadap negara yang sudah merdeka selama 67 tahun.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, perkara itu tidak timbul ketika ini kerana sepanjang tempoh kemerdekaan lebih 60 tahun, rakyat Malaysia hidup bersatu padu.

Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno berkata, sebagai rakyat Malaysia, mungkin sudah tiba masanya kita benar-benar bersatu dalam perpaduan dan menghormati serta menerima semua kepelbagaian dalam kalangan kita.

“Kepelbagaian itu suatu anugerah, atas sebab itu, cogan kata kita ‘Bersatu Bertambah Mutu’,” katanya di Facebook.

Hantaran Rafidah itu dibuat beberapa hari selepas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini.

Dr Mahathir mendakwa, ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India.

Pada masa sama, Rafidah berkata, sejak akhir-akhir ini terdapat pandangan dikemukakan mengenai siapa rakyat Malaysia daripada perspektif pihak tertentu, dan ini mencetuskan perdebatan berterusan.

Beliau berkata, hakikatnya ramai rakyat Malaysia dalam pelbagai usaha sudah berjaya membanggakan negara.

“Kejayaan membawa bendera Malaysia setinggi-tingginya, dalam pelbagai kejayaan dan pencapaian sama ada di Malaysia atau di luar negara, ternyata membanggakan. Mereka melakukan semuanya sebagai rakyat Malaysia walaupun ada di antaranya berbuat demikian tanpa bantuan kewangan kerajaan.

“Kini sudah 2024, marilah kita semua terus menghormati kepelbagaian yang ada dan menerimanya dengan sepenuh hati,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat