Tengku Zafrul PM masa depan, paling diterima orang Umno – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri masa depan dari Umno selepas era pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tengku Zafrul dilihat berpotensi menjawat jawatan Perdana Menteri memandangkan karektor beliau yang boleh diterima oleh majoriti orang Umno.

“Mungkin saya lihat Zafrul sebagai calon Perdana Menteri yang berpotensi.

“Perdana Menteri seterusnya lepas Anwar mesti datang dari parti yang established. Jadi Umno pun kena ada calon dia juga.

“Jadi bila kita tengok kepada calon Umno yang acceptable (diterima). Orang macam kita ni tak acceptable sebab itu kena buang yang acceptable yang tidak menjadi masalah yang tidak maveric yang tidak ada mind of his own i mean sorry you know what i mean politically Zafrul has a mind of his own economically intelectually tapi dia lebih go with the flow politically.

“It’s not pretty good suggestion dan saya yakin itu mungkin salah satu cara bagaimana Shahril dan saya boleh kembali ke Umno.

“Satu sebab saya rasa dia layak san acceptable dan kedua ada self interest juga,” kata Khairy tanpa berselindung dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu secara sinis mengatakan dalam Umno adalah lebih baik seseorang itu bersifat menurut dan tidak melawan.

“Saya rasa dalam Umno ni lebih baik tidak ada pendirian yang jelas lebih kepada go with the flow dan fleksibel.

“Maksudnya boleh adjust dan as long as dia competent saya rasa ok dan saya float nama Zafrul bukan kerana ini agenda utama episod kali ini sebab kita nak tengok ada generational change.

“Kalau tak kita dengan orang yang sama saja lepas Anwar ini biarlah generasi baru.

“Saya tengok the top leadership of Umno sekarang ini bukan hanya presiden, timbalan presiden, naib presiden semua generasi yang lama.

“Kita masih lagi berlegar di kalangan pemimpin-pemimpin yang dah sepatutnya dah jadi pesara. Ini saya rasa Zafrul is a good compromise,” ujar Khairy.

Selain Khairy, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan juga menyatakan sokongan supaya Zafrul menjadi Perdana Menteri masa depan.

“Kita meletakkan benih pemikiran, Zafrul adalah salah satu calon Perdana Menteri masa depan.

“Tolak tepi dulu self intrest nak balik kepada Umno ke siapa yang boleh bawa kita balik kepada Umno ke tu soalan no 10 bagi saya.

“Tapi respon kepada rasional yang KJ sampaikan iaitu Zafrul ni seorang yang mudah diterima oleh orang Umno berbanding mungkin macam kita ni ada kebenaran kerana beliau dilihat sebagai yang capable yang mempunyai kemampuan ekonomi, mempunyai kemampuan mengulas isu ekonomi sangat mesra media sosial.

“Saya rasa antara paling aktif untuk memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa dan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian dia dan sekali-sekala tentang isu yang berkait dengan pihak ataupun kementerian lain jadi mesra dan mampu dalam soal komunikasi yang menjadi benda yang penting dalam politik zaman sekarang tetapi tidak cari pasal ataupun cari gaduh dan tidak mengambil posisi yang mudah diserang oleh orang lain jadi di situ saya nampak sifatnya,” jelas Shahril.

Bagaimanapun, beliau berpendapat ada keseimbangan dan akan tiba satu ketika Tengku Zafrul perlu menonjolkan dan mempamerkan apakah identiti politik beliau.

“Go with the flow ni okey 80 percent of the time dan boleh membawa kita kepada satu tahap tertentu tetapi untuk naik ke takuk yang paling tinggi atau antara yang paling tinggi mesti menonjolkan apakah pegangan kita, pendirian kita dan berani mengambil posisi yang mungkin diserang.

“Bukan saya kata Zafrul buat macam ni tapi kalau terlalu lama berdiam diri dalam apa-apa isu yang kontroversi ataupun isu yang penting untuk memberi pendirian walaupun mungkin diserang oleh kelompok tertentu kalau terlalu lama tak cakap apa-apa pun orang akan mempersoalkan adakau ini seorang pemimpin untuk tempat yang tertinggi.

“Saya rasa ini adalah soal timing dan mengenali Zafrul dia memang ada pendirian dia cuma cara dia nak sampaikan dan timing untuk dia sampaikan itu hanya dia sampaikan itu hanya dia dan pasukan dia boleh fikir,” kata Shahril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat