Rundingan Kerjasama PH-BN Di Negeri Sembilan Sangat Mudah – Rafizi Ramli

- Advertisement -

SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata rundingan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) mudah diselesaikan berbanding di negeri lain.

Memetik Utusan Online katanya lagi, kerjasama dua parti tersebut dimuktamadkan dengan mudah dan tiada isu besar yang boleh menjejaskan proses pembahagian kerusi.

“Prestasi pencapaian keputusan pilihan raya masing-masing parti dalam PH dan BN, rekodnya konsisten tidak ada sangat hendak bertelingkah siapa yang ada peluang lebih besar untuk menang, rekod itu agak jelas.

“Saya tidak nampak akan ada isu dalam kita memuktamadkan dan memperklahulsi dalam kerjasama pilihan raya di Negeri Sembilan.

“Kekuatan setiap parti dan kawasan tumpuan lebih mudah di Negeri Sembilan, tidak banyak sangat (kerusi) bertindih seperti tempat lain, saya harap dalam rundingan itu dengan mengambil kira give and take, ia akan dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih mudah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pilihan Raya Negeri 2023 PKR Negeri Sembilan di sini pada Ahad malam.

Dalam pada itu, kata Rafizi lagi, kehadiran pemimpin kanan utama kedua-dua parti itu iaitu Aminuddin dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan juga dilihat membantu dalam usaha rundingan kerjasama berkenaan.

“Kedua-duanya watak yang senang dibawa berbincang dan mempunyai rekod kesetiaan yang lama dalam parti masing-masing.

“Pandangan saya yang telah terlibat dalam banyak rundingan sama ada rundingan kerusi PH sebelum ini dan rundingan membentuk kerajaan perpaduan, ia agak mudah diselesaikan,” katanya lagi.

Terdahulu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, PH memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan daripada 36 kerusi keseluruhan. Baki 16 kerusi lagi dimenangi oleh BN.

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat