Ramasamy sakit mental, beban kepada DAP- Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy lupa dirinya adalah beban kepada DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendesak pimpinan DAP Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap Ramasamy kerana kenyataannya mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘beban’ bukan sahaja kepada partinya malah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ramasamy dakwa Zahid beban kepada Umno. Dia lupa dirinya adalah beban kepada DAP. Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin.

“Dia marah kenapa seorang sahaja Menteri India dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia tuduh Dr Zakir Naik sebagai “syiatan”. Dia menjulang perjuangan keganasan LTTE.

“Lebih teruk dia tuduh kes tiga anak Loh Siew Hong yang memeluk agama Islam di Perlis sebagai penculikan. Ada tuduhan, Ramasamy sakit mental,” bidas Puad dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Semalam, Ramasamy, membayangkan Zahid selaku Presiden Umno sebagai ‘beban’ bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan.

Melalui satu muat naik di Faceebok, beliau menegaskan keputusan dibuat melalui Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 kelmarin yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang mungkin melegakan, tetapi kelihatannya seperti duri dalam daging buat Umno, PH dan kerajaan diterajui Anwar .

“Keputusan terkini PAU untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno mungkin mendapat sokongan sebulat suara, namun ada juga suara yang mahukan ia dipertandingkan.

“Zahid mungkin dilihat terselamat buat sementara waktu, namun beliau kelihatan sebagai ‘Albatross’ (masalah berterusan yang menjadi penghalang) yang melingkari Umno dan juga PH serta Kerajaan Perpaduan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat