Polis keluarkan kompaun kepada penganjur pemberian ayam beku percuma di Putrajaya

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pihak polis telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur program pengedaran ayam beku percuma secara pandu lalu kerana menganjurkan program itu tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata kompaun telah dikeluarkan kepada pihak penganjur di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2020.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat awal berkenaan program yang diadakan semalam dan telah mengeluarkan surat memaklumkan pihak penganjur bahawa program tersebut tidak mendapat kelulusan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya memandangkan Putrajaya berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

“Program pengedaran ayam beku percuma itu dibuat secara pandu lalu dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ dan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran ramai orang di lokasi program,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pihak polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan dalam kalangan hadirin serta Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi oleh pihak penganjur dan orang awam yang hadir.

Katanya pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang tempoh PKP.

Tular di media sosial semalam gambar kesesakan di kawasan Presint 9 apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan ayam beku percuma yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat