Jalan Bukit Fraser-Raub ditutup atas faktor keselamatan

KUANTAN: Jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser melalui Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, ditutup sejak dua hari lepas kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata penutupan itu selepas perbincangan bersama pihak berwajib termasuk jurutera daerah memandangkan terdapat beberapa lokasi berpotensi mengalami tanah runtuh jika cuaca buruk.

Perkara itu juga telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Pahang yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang turut bersetuju dengan keputusan berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Mereka yang tinggal di Bukit Fraser tidak perlu bimbang dengan penutupan jalan tersebut kerana mereka boleh turun mendapatkan bekalan makanan atau bagi urusan lain menggunakan laluan Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Memandangkan Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sudah memaklumkan pegawai di Balai Polis Bukit Fraser untuk memudahkan urusan mereka yang ingin mendapatkan permit merentas negeri bagi tujuan tersebut,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Kama Azural berkata sepanjang penutupan jalan itu, hanya pasukan keselamatan dan kesihatan sahaja yang dibenarkan menggunakan laluan itu bagi situasi kecemasan, namun mereka perlu memaklumkan pihak polis terlebih dahulu.

Beliau berkata jalan berkenaan hanya akan dibuka semula apabila pihak berkaitan berpuas hati dengan tahap keselamatan laluan itu.

– BERNAMA

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Parti Melayu Tak Bermusuh Cuma Pesaing

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa memberitahu parti-parti Melayu tidak bermusuh sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar. Jelas beliau antara UMNO,...

Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...