“Wan Fayhsal, simpan sikit bebal tu” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dinasihatkan agar tidak menyindir tak bertempat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menempelak gesaan Wan Ahmad Fayhsal yang meminta Anwar meminda Perlembagaan Persekutuan agar Melayu saja Perdana Menteri memandangkan Perdana Menteri ada majoriti dua pertiga.

“Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal minta Anwar Ibrahim pinda Perlembagaan Persekutuan agar Melayu saja jadi perdana menteri. Ini kerana Anwar ada majoriti dua pertiga.

“Inilah bebalnya ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). Dia pernah mencadangkan Bank Negara mencetak banyak wang kertas dan diagih kepada rakyat untuk dibelanjakan.

“Kalau begitu kamu sahaja buat pengumuman iaitu Pemuda Bersatu akan meminda Perlembagaan jika PN memerintah nanti. Ada berani? Menyindir tidak bertempat,” bidas Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat