Bursa Malaysia merosot berikutan kenaikan kadar faedah AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia merosot untuk dibuka rendah hari ini berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah untuk membenarkan kadar faedah meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 peratus atau 6.81 mata kepada 1,476.36 daripada 1,483.17 semalam.
Saham pandu pasaran dibuka rendah 1.39 mata kepada 1,481.78.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 153 berbanding 143 manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,754 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 137.53 juta unit bernilai RM57.63 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dalam julat negatif berikutan peniaga menerima kenyataan Fed bahawa akan terdapat lebih banyak kenaikan kadar pada masa depan untuk menangani inflasi.

Dalam negara, katanya sentimen di bursa tempatan dijangka menjadi berhati-hati berikutan pelabur menunggu petunjuk seterusnya susulan penurunan di Wall Street.

“Bagaimanapun, belian saham dijangka berterusan, justeru, kami menjangka indeks FBM KLCI akan diniagakan antara 1,475 dan 1,490, dengan saham minyak dan gas terus menjadi tumpuan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, saham kewangan Maybank, Public Bank dan CIMB, masing-masing merosot empat sen kepada RM8.73, RM4.40 dan RM5.79, Petronas Chemicals berkurangan tiga sen kepada RM8.47 dan TNB susut tujuh sen kepada RM9.27.

Daripada saham aktif, NWP menambah setengah sen kepada 21 sen, Nylex naik lima sen kepada 26.5 sen dan Lay Hong meningkat satu sen kepada 28 sen manakala Jade Marvel berkurangan satu sen kepada 35 sen dan Iris jatuh setengah sen kepada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 37.21 mata kepada 10,615.50, Indeks FBMT 100 merosot 39.90 mata kepada 10,316.72, Indeks FBM Emas Shariah susut 34.59 mata kepada 10,748.32, Indeks FBM 70 berkurangan 19.40 mata kepada 13,011.13 dan Indeks FBM ACE merosot 18.56 mata kepada 5,492.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 52.52 mata kepada 16,617.05, Indeks Perladangan merosot 14.59 mata kepada 6,726.30 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.12 mata kepada 181.26 manakala Indeks Tenaga menambah 3.37 mata kepada 798.73.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat