Polis Melaka Tubuh Team Pantas Bantu Kesan Long Tiger

- Advertisement -

MELAKA – Polis negeri menubuhkan ‘Team Pantas’ bagi membantu kontinjen Johor mengesan lelaki dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, pasukan itu ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri bagi melakukan risikan sekiranya terdapat pergerakan suspek di pintu masuk sempadan.

“Kita dapat maklumat Long Tiger itu telah melarikan diri, susulan itu kontinjen Melaka telah tingkatkan kawalan di sempadan negeri.

“Team Pantas juga telah ditubuhkan dan sedang membuat risikan sekiranya terdapat pergerakan etnik Rohingya itu merentas masuk ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kami Prihatin anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Taman Seri Duyong, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah JPNIN negeri, Intan Suhana Yusof dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Hedzir Hussin.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat